Saturday, November 21, 2009

The Last Dredge.
Warisan Kapal Korek Bijih Timah.
Di Malaysia, terdapat satu kapal korek besar yang telah menjadi tinggalan. Ianya hanya boleh didapati atau dilihat di Perak sahaja dan tidak terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Perjalanan 15 minit dari pekan Batu Gajah ke Tanjung Tualang Perak dengan menunggang kuda besi tidak sia-sia apabila dihidangkan permandangan menarik disini. Kehadiran aku disini di sambut meriah dengan nyalakkan anjing-anjing yang sangat comel(siol tol). Bayaran masuk adalah RM5. Penjaga tempat tersebut mengatakan "pergilah ke mana-mana tempat selagi kamu tidak takut" sambil gelak sinis. Dengan hati kering, aku pon melangkah masuk. Aku sangat teruja sehinggakan tidak tahu mana satu yang ingin dirakamkan dulu.
- bermulanya misi EOS aku.
- siapa berani ?
- tegak bulu roma aku nk redah.

- lanskap Tanjung Tualang.

Selama 2 jam aku berseorangan disitu. Aku termenung dan berfikir seketika bagaimana orang-orang zaman dahulu dapat membina "tongkang pecah" nih, bagaimana penderitaan yang mereka tempuhi. Terlalu banyak persoalan aku disini dan aku hanya mampu paparkan ia di dalam gambar.

No comments:

Post a Comment