Wednesday, December 16, 2009


Mencipta Gambar Panorama.


Peralatan yang perlu ada:

1. Kamera SLR @ digital.

2. Tripod(untuk keseimbangan gambar).

3. Photoshop CS2/3/4.


Teknik-teknik pada kamera:


1. Pastikan tripod mampu bergerak ke kiri & ke kanan dengan mudah.

2. Dapatkan exposure yang sesuai. Tetapkan 1 exposure(mengelakkn gambar yang diambil berlainan kecerahan). Cuba dapatkan f.no paling kecil(f22/f29).

3. Tukar kepada manual fokus. Dapatkn fokus point yang betul(mengelakkn gambar yang diambil berlainan fokus).

4. Jika kamera digital tiada funtion seperti diatas, teruskan langkah dibawah.

Teknik-teknik pada computer:

1. Buka Photoshop - File > Automate > Photomerge.

2. Gambar akan melengkung sedikit. Crop gambar tersebut(C). Ctrl + T > Rigth clik > Warp. Seimbangkan semula disitu.

3. Gunakan "patch tol" untuk meratakan sambungan pada gambar.

4. Kemudian edit la sesedap rasa & tada..

Saturday, December 5, 2009

Geng Gagak Terlepas(salah beg).

Penggambaran ini dibuat adalah merujuk kepada subjek fesyen(projek Grouping) pada tahun 2008. Lokasi adalah dikawasan projek perumahan yang terbengkalai di Batu Gajah, Perak.
Bagi memastikan cahaya mengenai setiap daripada mereka, aku juga menggunakan f no. yang tinggi untuk memastikan setiap wajah "penyamun" ini jelas dilihat. Terima kasih kepada mereka(buyung,edrye,fara & wan credle) yang banyak membantu proses "photo shot" ini.

Monday, November 30, 2009

The Musical P.Ramli - Istana Budaya

Saturday, November 28, 2009

Fotografi Sama Seperti Memancing Ikan?

Fotografi adalah proses melukis/menulis dengan menggunakan cahaya. Umumnya, fotografi adalah proses untuk menghasilkan gambar atau imej suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut dengan mengunakan kamera. Apakah pula kaitan fotografi dengan memancing ikan?

Ini adalah perumpamaan dari dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai konsep yang sama. Adakah sesiapa sahaja boleh memancing atau mengambil gambar yang baik? Memancing memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk mendapat tangkapan yang bagus. Adakah pengunaan peralatan yang mahal dan umpan yang baik untuk memancing menjamin hasil yang kita inginkan? semestinya tidak. Begitu juga dengan dalam bidang fotografi.

Sekarang kita kaitkan lagi antara kedua-dua perkara ini.

1. Pemancing = Jurufoto.
Kita andaikan pemancing(P) adalah jurufoto(F). P akan memilih kawasan yang berkemungkinan besar mempunyai jenis ikan yang diinginkan. F juga akan memilih di mana penghasilan gambar yang baik dapat diperolehi. Kedua-duanya adalah hasil dari kajian dan juga pengalaman yang mungkin diperolehi sebelum ini.

2. Jenis Joran/umpan = Jenis Kamera/aksesori tambahan.
Jenis camera/aksesori tambahan lain tidak dinafikan adalah sesuatu yang penting dalam bidang fotografi. Tetapi tidak bermakna apa-apa jika semua itu tidak dapat digunakan dengan teknik yang betul. Sama juga memancing, walaupun joran / atau umpan yang dimiliki sangat baik tetapi jika teknik ikatan dan penggunaan mata kail, ladung, serta tali tangsi yang salah ia hanya akan merugikan mereka sahaja.

3. Luck = Baik@Tidak.
Kedua-dua bidang ini tidak terlepas dari perkataan "luck" atau tidak. Ini kerana ia kita tidak dapat menduga apa yang akan terjadi dan apa yang dihadapi. Walau sebaik mana atau berapa lamapun mereka dalam bidang ini tidak akan terlepas dari masalah. Cuma yang membezakan apakah tindakan dan jalan penyelesaian yang akan dilakukan mengikut pengalaman serta ilmu yang dimiliki.

Aku menulis adalah untuk menentang sifat sesetengah manusia yang memandang rendah terhadap bidang fotografi. Mereka menganggap sesiapa sahaja boleh mengambil gambar tanpa belajar apa-apa. Mereka hanya menganggap bidang profesional adalah hanya menjadi seorang doktor atau peguam. Ternyata pandangan mereka silap.

Sunday, November 22, 2009


Made in "Malaysia".





Saturday, November 21, 2009

The Last Dredge.
Warisan Kapal Korek Bijih Timah.
Di Malaysia, terdapat satu kapal korek besar yang telah menjadi tinggalan. Ianya hanya boleh didapati atau dilihat di Perak sahaja dan tidak terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Perjalanan 15 minit dari pekan Batu Gajah ke Tanjung Tualang Perak dengan menunggang kuda besi tidak sia-sia apabila dihidangkan permandangan menarik disini. Kehadiran aku disini di sambut meriah dengan nyalakkan anjing-anjing yang sangat comel(siol tol). Bayaran masuk adalah RM5. Penjaga tempat tersebut mengatakan "pergilah ke mana-mana tempat selagi kamu tidak takut" sambil gelak sinis. Dengan hati kering, aku pon melangkah masuk. Aku sangat teruja sehinggakan tidak tahu mana satu yang ingin dirakamkan dulu.
- bermulanya misi EOS aku.
- siapa berani ?
- tegak bulu roma aku nk redah.

- lanskap Tanjung Tualang.

Selama 2 jam aku berseorangan disitu. Aku termenung dan berfikir seketika bagaimana orang-orang zaman dahulu dapat membina "tongkang pecah" nih, bagaimana penderitaan yang mereka tempuhi. Terlalu banyak persoalan aku disini dan aku hanya mampu paparkan ia di dalam gambar.