Saturday, November 28, 2009

Fotografi Sama Seperti Memancing Ikan?

Fotografi adalah proses melukis/menulis dengan menggunakan cahaya. Umumnya, fotografi adalah proses untuk menghasilkan gambar atau imej suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut dengan mengunakan kamera. Apakah pula kaitan fotografi dengan memancing ikan?

Ini adalah perumpamaan dari dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai konsep yang sama. Adakah sesiapa sahaja boleh memancing atau mengambil gambar yang baik? Memancing memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk mendapat tangkapan yang bagus. Adakah pengunaan peralatan yang mahal dan umpan yang baik untuk memancing menjamin hasil yang kita inginkan? semestinya tidak. Begitu juga dengan dalam bidang fotografi.

Sekarang kita kaitkan lagi antara kedua-dua perkara ini.

1. Pemancing = Jurufoto.
Kita andaikan pemancing(P) adalah jurufoto(F). P akan memilih kawasan yang berkemungkinan besar mempunyai jenis ikan yang diinginkan. F juga akan memilih di mana penghasilan gambar yang baik dapat diperolehi. Kedua-duanya adalah hasil dari kajian dan juga pengalaman yang mungkin diperolehi sebelum ini.

2. Jenis Joran/umpan = Jenis Kamera/aksesori tambahan.
Jenis camera/aksesori tambahan lain tidak dinafikan adalah sesuatu yang penting dalam bidang fotografi. Tetapi tidak bermakna apa-apa jika semua itu tidak dapat digunakan dengan teknik yang betul. Sama juga memancing, walaupun joran / atau umpan yang dimiliki sangat baik tetapi jika teknik ikatan dan penggunaan mata kail, ladung, serta tali tangsi yang salah ia hanya akan merugikan mereka sahaja.

3. Luck = Baik@Tidak.
Kedua-dua bidang ini tidak terlepas dari perkataan "luck" atau tidak. Ini kerana ia kita tidak dapat menduga apa yang akan terjadi dan apa yang dihadapi. Walau sebaik mana atau berapa lamapun mereka dalam bidang ini tidak akan terlepas dari masalah. Cuma yang membezakan apakah tindakan dan jalan penyelesaian yang akan dilakukan mengikut pengalaman serta ilmu yang dimiliki.

Aku menulis adalah untuk menentang sifat sesetengah manusia yang memandang rendah terhadap bidang fotografi. Mereka menganggap sesiapa sahaja boleh mengambil gambar tanpa belajar apa-apa. Mereka hanya menganggap bidang profesional adalah hanya menjadi seorang doktor atau peguam. Ternyata pandangan mereka silap.

No comments:

Post a Comment